Allah Tempat Meminta

Allah Tempat Meminta. Ini buku paling latest Kak Yong baca. Entri kali ini lari niche blog. Boring juga asyik cerita tentang kesihatan sahaja. Kak Yong suka sangat buku ini kerana mengajar kita untuk menambahkan keyakinan kepada Allah. Memang sebagai manusia biasa, hati kita tidak tetap. Sentiasa sahaja bolak-balik. Apabila kesusahan menimpa, mulalah rasa ragu-ragu.

Seperti kisah semalam, rumah kak Yong blackout pula dalam pukul 10.55 malam. Memang rasa marah juga kerana memang selalu sangat deret rumah Kak Yong bekalan elektrik terputus. Kalau satu kawasan perumahan bolehlah difahami, ini terang-terang deretan rumah bahagian tepi terang-benderang. Mengeluh jugalah. Kemudian cepat-cepat istighfar hendak salahkan siapa. Just tawakal dan berdoa serta mengamalkan Law of Universal Attraction supaya bekalan elektrik dipulihkan sebelum pukul 12.30 malam. Alhamdulillah, doa itu dimakbulkan oleh Allah. Kebiasaan memang kalau terputus bekalan elektrik mengambil masa 2 hingga 4 jam. Lebih-lebih lagi kalau waktu malam. Kesimpulannya, kenalah yakin, doa dan tawakal hanya kepada Allah sahaja.

Allah Tempat Meminta

Buku Allah Tempat Meminta ini menghimpunkan pelbagai kisah inspirasi bagaimana setiap orang yang susah jika berbalik semula kepada Allah, bantuan akan datang dalam bentuk yang tidak disangka-sangka. Kena selalu bersangka baik dengan Allah. Di samping itu, amalan kerohanian jangan dilupakan. Berdoalah, mengadulah segala kesusahan kepada Allah. Jangan malu untuk minta yang besar-besar kerana Allah memang kaya dengan pelbagai rezeki dan juga pemberian. Kak Yong juga mengingatkan diri sendiri jugalah.

Kak Yong syorkan kepada semua untuk membaca buku ini. Terutama sekali kepada mereka yang masih tercari-cari cara untuk meyakinkan diri terhadap kasih sayang Allah. Allah memang satu-satunya tempat yang kita wajib mengadu serta meminta. Banyakkan berdoa, berusaha dan bertawakal. Jangan kita pertikaikan rezeki Allah datang bila. Cepat atau lambat itu bukan urursan kita. Perancangan Allah adalah yang terbaik.