9 Perubahan Rendahkan Risiko Kanser

Salah satu penyakit zaman moden yang menjadi pembunuh dalam senyap ialah penyakit kanser. Sejarah kesihatan keluarga Kak Yong juga ada yang mengidap kanser. Mak dan Mak Saudara (adik kepada Mak) memang pengidap kanser. Telah menjalani rawatan dan mengamalkan cara hidup sihat bagi mengelakkan kes kanser berulang. Sebenarnya terdapat 9 perubahan rendahkan risiko kanser yang boleh kita lakukan sehari-hari.

Antara9 Perubahan Rendahkan Risiko Kanser 9 perubahan rendahkan risiko kanser yang pertama ialah lebihkan makan sayur-sayuran dan juga buah-buahan. Jika boleh amalkan tumbuhan organik. Walaupun, harganya mahal tetapi bebas daripada bahan kimia. Sayur-sayuran dan buah-buahan memang tinggi khasiat vitamin dan juga antioksidan yang dipercayai dapat melawan radikal bebas punca kepada penyakit kanser.

Langkah kedua amalkan waktu tidur yang seragam dan berkualiti. Tidur serta rehat yang mencukupi dapat mengelakkan stress (tekanan). Tidur yang tidak mencukupi juga membawa kepada perubahan sistem hormon badan. Bagi mengelakkan gangguan kepada fungsi tubuh badan, amalkan tidur yang mencukupi 6 sehingga 8 jam sehari.

9 Perubahan Rendahkan Risiko Kanser

Kawal berat badan anda. Dengan adanya berat badan ideal masalah kesihatan seperti sembelit, masalah kolon, pankreas dan pelbagai masalah kegagalan organ dapat dielakkan.

Langkah keempat ialah tahu bagaimana untuk mengawal masalah tekanan dalam kehidupan anda. Amalan bersenam serta suka tersenyum boleh menjadi salah satu cara bagi melegakan tekanan serta hidup dengan lebih tenang dan gembira.

Antara 9 perubahan rendahkan risiko kanser yang kelima ialah istimewa untuk ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka secara eksluif. Menyusukan bayi sehingga dua tahun membantu merendahkan risiko mengidap penyakit kanser payudara. Mudah bukan jadi wanita, pahala pun dapat, penyakit pun dielakkan.

Kepada mereka yang bukan islam, kurangkan pengambilan alkohol. Jika boleh, tidak payah mengambil alkohol. Bukan apa, kajian sendiri menyatakan bahawa alkohol membawa kesan buruk kepada kesihatan.

Mulakan menceburi aktiviti fizikal yang mengeluarkan peluh sebagai salah satu daripada 9 perubahan rendahkan risiko kanser. Jika kita asyik duduk di depan televisyen atau computer, pergerakan kita akan terbatas. Ini akan meningkatkan risiko obesity dan diabetes.

9 Perubahan Rendahkan Risiko Kanser

Kepada perokok tegar, Kak Yong sarankan cari cara untuk berhenti merokok. Merokok memang membawa kepada pelbagai penyakit kritikal. Bahan kimia serta racun perosak yang disedut memang ternyata hanyalah sebagai penggalak kepada pertumbuhan radikal bebas penggalak penyakit kanser.

Akhir sekali dalam 9 perubahan rendahkan risiko kanser ialah makan lebih banyak bijirin serta serat yang sihat. Contohnya beras perang, barli dan juga serat gandum mampu mencegah penyakit kanser jika diamalkan sehari-hari.

9 Comments

  1. Noriza Rahman March 18, 2015
    • Azimah March 19, 2015
  2. mrhanafi March 19, 2015
    • Azimah March 19, 2015
  3. arnie March 19, 2015
    • Azimah March 19, 2015
  4. Hafizul March 19, 2015
    • Azimah March 19, 2015
  5. islam di dadaku March 20, 2015