8 Tanda Menunjukkan Anda Kurang Kalsium

Ada rakan pejabat Kak Yong wanita yang berusia 35 tahun ke atas patah tangan. Punca patah tangan hanya sebab jatuh terpijak mainan anak. Kalau dibayangkan punca patah tangan itu remeh, tapi ada kemungkinan memang kawan Kak Yong itu kekurangan kalsium dan tulangnya memang sangat rapuh. Setelah sebulan, hasil pemeriksaan semula tangan yang patah itu masih belum bercantum lagi.

Tulang Patah Tanda Kurang Kalsium

Masalah kerapuhan tulang merupakan salah satu tanda bahawa tubuh kekurangan kalsium. Kadang-kala kita dapat tahu pun selepas tulang itu patah. Selain tulang patah dan rapuh banyak lagi tanda yang kita boleh perhatikan dalam diri sekiranya kekurangan kalsium. Osteoporosis dan osteopenia merupakan akibat utama kekurangan kalsim dalam badan.

 8 Tanda Menunjukkan Anda Kurang Kalsium

Mempunyai Kesukaran Untuk Tidur atau Insomnia

Kalau you all sentiasa gelisah dan sukar untuk tidur malam itu merupakan salah satu tanda tubuh you all kekurangan kalsium. Kalsium membantu dalam menghasilkan melatonin iaitu hormon tidur yang mengekalkan kitaran tidur semulajadi badan. Hormon melatonin ini juga secara semulajadi akan meningkat pada waktu malam yang membantu you all untuk tidur dengan lebih nyenyak dan berkualiti. bagi mendapatkan tidur yang lebih nyenyak, you all boleh amalkan minum segelas susu suam sebelum tidur.

Gigi Yang Kurang Kuat

Kalsium merupakan mineral utama yang membentuk struktur gigi. Sekiranya gigi you all mudah rosak serta mengalami masalah kesakitan gusi, silalah tingkatkan pengambilan kalsium harian. Untuk anak-anak pula, kekurangan kalsium akan menyebabkan pertumbuhan gigi yang agak lewat daripada perkembangan umur rakan seusia mereka.

 8 Tanda Menunjukkan Anda Kurang Kalsium

Sukar Turunkan Berat Badan

Daripada kajian yang dijalankan, mereka yang mempunyai masalah obesiti kebanyakan terdiri daripada mereka yang kekurangan kalsium.Kajian pada tahun 2004 oleh American Journal, kalsium membantu dalam meningkatkan metabolisme dalam badan yang membawa kepada penurunan berat badan. Diet yang kurang kalsium pula akan menyebabkan berat badan seseorang semakin bertambah.

Sentiasa Kebas dan Kejang (Cramp)

Kekurangan kalsium menyebabkan saraf-saraf dalam badan tidak dapat berfungsi dengan baik. Keadaan ini membawa kepada masalah kebas-kebas dan kejang pada kaki mahupun tangan. Mudah kebas dan kejang ketika bersenam atau keadaan yang sejuk berhawa dingin merupakan salah satu tanda badan kekurangan kalsium. Selain itu, sakit-sakit badan serta otot juga dapat dilegakan dengan pengambilan kalsium.

 8 Tanda Menunjukkan Anda Kurang Kalsium

Lewat Akil Baligh

Fasa akil baligh bagi seorang wanita adalah daripada umur 10 ke 14 tahun. Lewat mengalami fasa akil baligh juga merupakan tanda kekurangan kalsium. Sekiranya selepas umur 15 tahun masih belum didatangi haid, ibu bapa dinasihatkan membawa anak-anak berjumpa dengan doktor.

Sentiasa Mengalami Simptom Pra-Haid Yang Menyakitkan

Salah satu cara bagi mengatasi masalah kejang perut ketika haid adalah dengan mengambil jumlah kalsium yang mencukupi. Kebiasaannya wanita akan mengalami satu ke dua hari yang tidak selesa ketika haid. Jika lebih daripada kebiasaan, sila amalkan makanan yang tinggi kalsium lebih banyak bagi mengurangkan gejala simptom pra-haid.

8 Tanda Menunjukkan Anda Kurang Kalsium

Mudah Jatuh Sakit

Kalsium sebenarnya memainkan perana yang penting dalam membantu tubuh melawan penyakit selain daripada Vitamin C. Kalsium berperanan melawan virus seperti jangkitan bakteria, yis dan kulat dalam badan. Penyakit selesema juga adakalanya berpunca daripada kekurangan kalsium. Kalsium membantu meningkarkan oksigen dalam badan yang memberikan persekitan darah beralkali untuk melawan jangkitan bakteria dalam badan.

Kalsium sebenarnya sangat-sangat penting. Kak Yong tahu ramai juga orang yang mengabaikan pengambilan mineral ini dalam diet harian. Kalau tak suka minum susu, amalkan sahaja makan tinggi kalsium seperti sumber kekacang, brokoli, sayur bayam, ikan sardin atau salmon. Jisim tulang kita akan merosot selepas berusia 30 tahun. Oleh sebab itu, you all kenalah sentiasa amalkan diet tinggi kalsium sebelum adanya masalah kesihatan yang lebih serius.

DISCLAIMER

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com