7 Tanda Kekurangan Zink

Mineral zink selalu diambil remeh oleh semua orang.  Ini adalah disebabkan hanya 8mg zink sahaja diperlukan oleh badan kita. Walau bagaimanapun, kehadiran zink penting bagi memastikan sistem tubuh kita menjalankan fungsinya dengan baik. Kekurangan zink boleh membawa kepada pelbagai masalah kesihatan. Terdapat 7 tanda kekurangan zink yang boleh anda kesan.

Yang pertama sekali daripada 7 tanda kekurangan zink ialah selalu rasa kurang enak pada bahagian perut. Masalah perut sebu, muntah-muntah serta cirit-birit mungkin juga disebabkan oleh kekurangan zink dalam badan. Ini adalah kerana zink diperlukan dalam enzim-nzim pencernaan bagi menjalankan fungsi usus untuk menghadamkan makanan.

7 Tanda Kekurangan Zink

Jika otot-otot anda sering sahaja sakit serta luka lambat sembuh itu juga adalah salah satu daripada 7 tanda kekurangan zink dalam badan. Jika anda memang seorang yang sering bersenam sehingga menyebabkan otot-otot lebam dan lambat sembuh, pengambilan zink boleh membantu untuk menyelesaikan masalah ini.

Kekurangan deria bau dan juga rasa juga merupakan tanda kekurangan zink dalam badan. Reseptor rasa merupakan deria yang paling peka dalam anggota badan kita. Jika anda sudah mula rasa lain pada tekak mahupun lidah anda itu merupakan salah satu daripada 7 tanda kekurangan zink.

Kekurangan zink dalam badan juga akan melemahkan sistem imun. Tanda badan kekurangan zink juga ialah anda selalu sahaja sakit-sakit seperti demam mahupun selesema. Salah satu fungsi mineral zink ialah meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit. Oleh sebab itu, pengambilan zink amatlah perlu kepada mereka yang selalu sahaja mengalami demam mahupun selesema.

7 Tanda Kekurangan Zink

Pernah tak jika kita tutup lampu dan berada di dalam persekitaran yang gelap, mata kita akan mengambil masa untuk menyesuaikan dengan persekitaran yang gelap itu, Jika mata anda tidak peka serta sentiasa kelihatan tidak jelas jika berada dalam keadaan gelap mahupun waktu malam, mungkin itu juga antara 7 tanda kekurangan zink dalam badan. Zink juga adalah pemangkin bagi menghasilkan vitamin A yang sinonim dengan penjagaan mata yang sihat.

Ramai juga yang mengalami masalah kurang fokus. Itu juga mungkin disebabkan oleh 7 tanda kekurangan zink. Salah satu usaha untuk tingkatkan fokus anda mahupun anak mungkin boleh ambil makanan yang kaya dengan zink. Selain itu, 7 tanda kekurangan zink yang lain ialah peningkatan berat secara mendadak. Kekurangan zink juga menyebabkan metabolisme badan menjadi rendah serta kekuranga tenaga dalam menjalani aktiviti harian.

Zink Complex daripada Shaklee ini memang terkenal dalam Set Berpantang dan juga Set kesuburan Shaklee. Walau bagiamnapun, untuk mereka yang mementingkan kesihatan elok juga amalkan Zink Complex dalam diet harian.

One Response

  1. Dr Fattah March 30, 2015