7 Tabiat Yang Boleh Merosakkan Otak

Otak merupakan organ yang paling penting dalam badan. Otak mengawal penuh segala macam fungsi organ-organ lain dalam badan. Tahukah you all yang ada beberapa tabiat yang biasa kita lakukan boleh menjadi punca kepada kerosakan sel-sel pada otak.

7 Tabiat Yang Boleh Merosakkan Otak

Tidak Mengambil Sarapan

Semua orang tahu yang sarapan merupakan menu terpenting yang wajib diambil setiap hari. Namun, ada juga yang terlepas pandang pekara ini. Kadang-kala ada juga mereka yang mempunyai masalah perut meragam selepas ambil sarapan membuatkan mereka mengambil keputusan drastik tidak mahu makan pada waktu pagi. Tidak mengambil sarapan boleh membawa kepada masalah kekurangan gula dalam yang boleh membawa kepada kerosakan sistem badan jika dijadikan kebiasaan.

Masalah Kesukaran Tidur

Kurangnya masa untuk tidur setiap hari boleh membawa kepada kerosakan otak. Otak perlukan rehat. Oleh sebab itu, jika anda mengalami masalah sukar untuk tidur silalah berjumpa doktor bagi merawat masalah itu. Amalkan juga jadual tidur yang tetap dan berkualiti.

7 Tabiat Yang Boleh Merosakkan Otak

Terlebih Makan

Makan terlampau banyak dan juga merapu membawa kepada masalah obesiti. Ini disebabkan nutrisi di dalam makanan tidak mencukupi sehingga membawa kepada fasa ketagihan makanan. Mereka yang mengidap obesiti berisiko untuk mengidap dimensia. Antara tanda-tanda dimensia ialah gangguan ingatan dan juga penyakit mental.

Merokok

Bahan kimia di dalam rokok semua orang tahu memang berbahaya dan juga bakal merosakkan sel-sel otak. Bukan sahaja otak segala macam organ dalam badan pun boleh rosak jika merokok.

7 Tabiat Yang Boleh Merosakkan Otak

Dehidrasi Atau Kurang Minum Air

Air merupakan cecair utama dalam badan. Kurangnya pengambilan air menyebabkan otak tidak boleh menjalankan fungsinya dengan betul. Minum sekurang-kurangnya 8 gelas air sehari.

Pengambilan Makanan Tinggi Gula

Manis memanglah sedap. Tetapi terlebih manis boleh merosakkan sel-sel dalam badan serta menganggu penyerapan nutrisi dari makanan. Kurangkan gula dan you all boleh tengok kesannya terhadap tubuh badan sendiri.

Tekanan

Kak Yong pasti setiap orang menghadapi tekanan dalam hidup. Cara menghadapai tekanan terpulang kepada individu itu sendiri. Selalulah berfikiran positif. Terlalu fikirkan masalah dan juga dalam keadaan tertekan boleh membawa kepada gangguan mental.

7 Tabiat Yang Boleh Merosakkan Otak

Kak Yong sendiri terkejut dengan 7 tabiat ini. Memang kadang-kala ada juga dibuat tanpa disedari. Umur semakin hari semakin lanjut. Peringatan ini untuk Kak Yong sendiri juga. Kena usaha lebih keras untuk jaga kesihatan. Hehehehehe nak promote juga ni, jangan lupa dapatkan produk Shaklee dari Kak Yong ye.

WhatsApp Kak Yong di 0163964090 untuk mendaftar keahlian + pembelian produk Shaklee.

Jadual pemakanan dan konsultasi berterusan diberikan eksklusif untuk customer yang membuat pembelian produk Shaklee dari Kak Yong.

*DISCLAIMER

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com

2 Comments

  1. Sani October 12, 2017 Reply
  2. sabree hussin October 16, 2017 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge