7 Jenis Vitamin Untuk Cantik

Selain memelihara kecantikan kulit secara luaran, pulihkan sel-sel kulit secara dalaman juga perlu. Antara cara yang boleh dilakukan untuk mencantikkan kulit ialah dengan mengamalkan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan vitamin dan mineral yang diperlukan oleh tubuh badan.

Rahsia yang ingin Kak Yong kongsi ialah jika cukup vitamin diambil oleh badan, sel-sel kulit akan menjadi semakin cantik dan muda. Paling best, tidak payah hendak memakai alat solekan yang tebal. Cantik secara semulajadi you all.

7 Jenis Vitamin Untuk Cantik

Vitamin C Untuk Anti-Penuaan

Ramai yang tahu vitamin C sinonim untuk menguatkan imun sistem. Tahukah you all yang vitamin C penting dalam penghasilan kolagen dalam badan bagi melewatkan penuaan. Selain itu, ianya juga melindungi kulit daripada pancaran cahaya matahari. Amalkan makanan seperti jambu batu, buah oren, strawberi, brokoli dan juga lada benggala. Kak Yong suka sangat Sustained Release Vita-C Plus daripada Shaklee yang mana satu tablet bersamaan dengan 7.5 biji oren.

7 Jenis Vitamin Untuk Cantik

Melindungi Sel Kulit dengan Vitamin E

Vitamin E fungsinya melindungi membran sel-sel kulit kita daripada radikal bebas. Selain itu, ianya berfungsi melindungi kulit daripada cahaya matahari. Makanan yang kaya dengan vitamin E ialah sumber gandum dan sumber kekacang.

7 Jenis Vitamin Untuk Cantik

Baiki Sel Kulit Rosak dengan Beta-karotina

Beta-karotina ini sebenarnya Vitamin A. Beta-karotina disimpan di dalam badan dan akan ditukarkan kepada Vitamin A jika bekalannya diperlukan. Membantu dalam memulihkan serta memperbaiki sel-sel kulit rosak dan menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru yang lebih cantik. Sayur-sayuran seperti lobak merah, labu dan bayam merupakan sumber beta-karotina. Carotomax itulah nama vitamin yang mengandungi beta-karotina terbaik yang diperlukan oleh badan.

7 Jenis Vitamin Untuk Cantik

Omega-3 Untuk Kulit Lebih Sihat dan Anti-Radang

Jika mengalami kulit bermasalah, banyakkan makan ikan seperti salmon, ikan sardin, dan kacang walnut. Sumber Omega 3 terbaik yang membantu mengurangkan kemerahan dan keradangan pada kulit. Selain membantu melindungi kulit dari serangan toksin ianya juga merupakan agen penghadang matahari terbaik. Sumber Omega 3 dari Shaklee sudah tentulah Omega Guard yang diperbuat daripada minyak ikan tulen.

7 Jenis Vitamin Untuk Cantik

Sumber Polifenol Untuk Memelihara Kecantikan

Polifenol merupakan sumber khasiat terbaik memelihara kesihatan kulit. Mencegah daripada radikal bebas yang boleh menjadikan kulit kelihatan kusam. Merupakan agen anti-radang dan anti-kanser. Teh hijau kaya dengan polifenol. Yang paling Kak Yong jatuh cinta dengan Vivix sumber polifenol yang boleh diambil setiap hari.

Selenium sebagai vitamin awet muda.

Gabungan vitamin E dan juga selenium mampu mengurangkan kesan kulit terbakar (sunburn). Selain itu, gabungan keduanya memelihara keanjalan kulit supaya nampak lebih muda dan mengurangkan kedutan. Sumber selenium banyak terdapat pada makanan laut dan juga telur. Vita-E Complex dari Shaklee merupakan sumber vitamin E serta selenium bagi memberikan penyerapan berganda pada kulit.

7 Jenis Vitamin Untuk Cantik

Jadikan Air Kosong sebagai Sahabat Baik

Tips yang paling akhir untuk kecantikan kulit ialah jadikan air kosong sebagai minuman yang paling you all suka. Air kosong membantu dalam menyingkirkan toksin dalam badan punca kepada kulit kusam. Selain itu, air juga membantu dalam menghasilkan sel-sel kulit baru yang lebih muda dan sihat tanpa masalah.

An Apple A Day Keeps The Doctor Away

Kak Yong memang syorkan you all untuk amalkan secara konsisten jenis-jenis makanan yang kaya dengan pelbagai vitamin untuk kecantikan kulit. Boleh juga cuba kesemua produk Shaklee untuk kecantikan ini. Konsultansi dan cara pemakanan yang terbaik dapat membantu menjadikan kulit kita bertambah sihat dan cantik. Jangan segan hubungi Kak Yong untuk dapatkan konsultansi yang sesuai untuk masalah kulit anda. In Shaa Allah.

 

One Response

  1. Hero Borneo March 20, 2017