5 Jenis Sakit Kepala

Ramai antara kita pernah mengidap sakit kepala. Kalau sakit kepala mesti anggap sakit kepala biasa atau paling teruk migrain. Tetapi, sebenarnya ada 5 jenis sakit kepala yang yang boleh anda kenal pasti.

Antara 5 jenis sakit kepala yang biasa ialah sakit kepala akibat daripada ketegangan akibat pengecutan otot-otot leher dan kepala. Ini sebenarnya sakit kepala biasa yang kita alami. Simptom-simptomnya ialah rasa sakit yang berterusan atau tekanan dis ekitar kepala terutama di ubun-ubun, belakang kepala dan juga leher. Tidak menyebabkan loya, muntah-muntah serta boleh lagi melakukan aktiviti harian.

5 Jenis Sakit Kepala

Yang kedua ialah sakit kepala yang berkelompok (cluster). Sakit kepala ini selalu menyerang orang lelaki. Tanda-tanda sakit kepala ini ialah sakit yang berlaku berulan-ulang di kawasan yang sama, Muncul secara tiba-tiba yang akan melemahkan satu bahagian kepala tersebut, hidung berair serta sakit mata. Sakit ini menyebabkan rasa gelisah serta berbaring tidak akan mengurangkan rasa sakit. Tidak ada ubat untuk merawatnya. Walau bagaimanapun, ubat yang mengurangkan kekerapan dan jangka masa sakit kepala boleh diambil.

Selain itu, antara 5 jenis sakit kepala ialah sakit akibat serangan sinus. Jikaanda mengidap resdung atau demam selesema yang berpanjangan mungkin akan membawa kepada gejala sakit kepala sinus. Boleh dirawat dengan antibiotik dan juga ubat selesema atau alergik.

Selain itu, sakit kepala yang disebabkan oleh pengambilan ubat seperti aspirin, Tylenol, Ibuprofen serta ubat atas preskripsi doktor juga boleh berlaku. Ini adalah disebabkan tindak balas ubat kepada komposisi otak yang menyebabkan otak bertindak balas yang boleh mencetuskan sakit kepala.

5 Jenis Sakit Kepala

5 jenis sakit kepala yang paling popular sekali ialah migraine. Tanda-tandanya ialah sakit selama 4 hingga 72 jam, berdenyut-denyut, hanya menyerang sebelah kepala sahaja, boleh membawa kepada gangguan visual serta kebas-kebas badan. Paling kronik sekala disertai dengan gejala loya, muntah-muntah, sensitive terhadap cahaya serta aktiviti harian terhenti.

2 Comments

  1. Alongxp February 6, 2015
    • Azimah February 6, 2015