5 Jenis Makanan Punca Jerawat Semakin Teruk

Jerawat merupakan masalah setiap lapisan usia. Beruntung sangat kepada mereka yang kulit wajahnya halus dan mulus. Walau bagaimanapun, kepada mereka yang bermasalah kulit jerawat yang tegar, jangan susah hati. Masalah jerawat dapat dikawal sebenarnya melalui pemakanan sihat. Untuk mengelakkan jerawat semakin berleluasa you all kena elakkan 5 jenis makanan ini.

5 Jenis Makanan Punca Jerawat Semakin Teruk

Susu Lembu meningkatkan Keradangan Punca Masalah Jerawat

Terdapat kajian yang dijalankan pada tahun 2010 yang mana minum susu lembu meningkatkan kandungan gula dalam darah. Kandungan gula yang tinggi ini meningkatkan masalah keradangan pada kulit. Selain itu, rintangan terhadap insulin juga akan semakin meningkat sehingga membawa kepada pengeluaran sebum pada kulit punca kepada keadaan kulit berminyak.

5 Jenis Makanan Punca Jerawat Semakin Teruk

Gula Adalah The Real Culprit

Sebenarnya gula adalah punca kepada masalah kulit berjerawat semakin teruk. Jika suka makan makanan tinggi gula secara berlebihan, memang senang jerawat naik di muka. Amalan minum minuman berkarbonat dan gemar makanan manis mungkin boleh membawa kepada masalah jerawat yang agak serius.

5 Jenis Makanan Punca Jerawat Semakin Teruk

Makanan Tinggi Glisemik Juga Punca Jerawat Semakin Teruk

Makanan proses yang tinggi glisemik seperti roti putih, biskut, kek, ubi kentang dan juga nasi putih kadangkala membawa kepada masalah jerawat yang teruk. Makanan jenis ini merupakan makanan tinggi gula dan menjadikan bacaan gula dalam badan naik secara mendadak yang membawa kepada masalah keradangan kulit.

Makanan Ringan

Pelbagai makanan ringan seperti keropok dan gula-gula juga akan menyebabkan gangguan hormon dalam badan. Makanan jenis ini yang tinggi kandungan gula dan garam juga akan menyebabkan pori-pori kulit di muka semakin berminyak.

Makanan Segera

Makanan segera kebanyakannya mengandungi banyak lemak serta tinggi kandungan minyaknya. Makanan segera yang diambil terlampau banyak akan menyebabkan keradangan pada kulit. kalau berkunjung ke restoran makanan segera, bertukarlah kepada menu seperti salad atau buah-buahan.

 

*DISCLAIMER

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang, Jalan Kebun, Bukit Tinggi dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934
Email : azimah.zainuddin@gmail.com