5 Jenis Kencing Tidak Lawas Di Kalangan Wanita

Ramai wanita pada hari ini mengalami masalah kencing tidak lawas. Masalah kencing tidak lawas ini akan mengganggu aktiviti harian kita. Antaranya ialah sering kali berkunjung ke tandas hanya kerana merasa gesa hendak membuang air yang terlalu kerap, pembuangan air yang tidak habis serta berasa was-was apabila hendak mengerjakan solat. Tahukah you all terdapat 5 jenis kencing tidak lawas yang selalu dideritai oleh kaum wanita?

5 Jenis Kencing Tidak Lawas Di Kalangan Wanita

Kencing Tidak Lawas Akibat Tekanan Pundi Kencing

Punca kepada masalah kencing tidak lawas ini adalah disebabkan oleh otot dan tisu lantai pelvik yang lemah. Kebiasaannya akan berlaku ketitisan air kencing apabila terdapat tekanan di bahagian pundi kencing akibat daripada aktiviti lasak seperti bersenam, ketawa, bersin mahupun batuk. Sering kali juga berlaku di kalangan ibu hamil apabila bayi di dalam perut yang semakin membesar menekan dengan kuat kawasan pundi kencing. Selain itu, terlalu kerap mengandung dan melahirkan bayi juga boleh mengakibatkan kencing tidak lawas akibat tekanan kepada otot pelvik.

5 Jenis Kencing Tidak Lawas Di Kalangan Wanita

Pundi Kencing Terlampau Aktif

Selain itu, kencing tidak lawas juga boleh berlaku akibat daripada rasa gesaan membuang air yang terlalu cepat. Mereka yang mengalami masalah ini sentiasa gagal mengawal gesaan hendak membuang air kencing. Keperluan untuk membuang air juga menjadi terlalu mendesak yang mana akhirnya kadang kala gagal menahan pembuangan air kencing sehingga tidak sempat ke tandas. Antara punca kepada masalah pundi kencing terlalu aktif ialah kerosakan saraf pada pundi encing, kerosakan bahagian-bahagian lain pada sistem saraf dan juga otot pelvik.

5 Jenis Kencing Tidak Lawas Di Kalangan Wanita

Lemah Kawalan Pundi Kencing

Ada juga wanita yang mengalami masalah tidak dapat mengosongkan pundi kencing dengan lengkapnya. Terpaksa berulang alik ke tandas atau mengalami masalah terkucil walaupun selepas membuang air. Perasaan puas tidak dapat dirasai ketika membuang air kecil memandangkan terdapat titisan-titisan air kencing yang berlarutan selepasnya. Masalah ini kebiasaannya berpunca daripada otot pundi kencing yang lemah, kerosakan saraf, sembelit, kesan daripada penggunaan ubat-ubatan tertentu atau terdapat sesuatu sebab atau penyakit seperti tumor dan pembesaran prostat yang menyekat pengaliran air kencing.

5 Jenis Kencing Tidak Lawas Di Kalangan Wanita

Masalah Kencing Tidak Lawas Akibat Penyakit dan Pengambilan Ubat-Ubatan

Mereka yang mengidap masalah mental ataupun penyakit saraf seperti dementia ataupun arthritis juga boleh mendapat masalah kencing tidak lawas. pengambilan ubat-ubatan seperti ubat anti-depression dan juga “diuretics pills” juga yang menyebabkan pundi kencing bertambah aktif juga membawa kepada masalah kencing tidak lawas

Gabungan Penyakit kencing Tidak Lawas

Terdapat juga wanita yang mengalami masalah kencing tidak lawas gabungan kepada ciri-ciri yang telah dibincangkan di atas. Antaranya kegagalan mengawal gesaan untuk membuang air akibat daripada pundi kencing terlampau aktif dan juga tekanan terhadap otot pelvik. Ibu-ibu hamil sering kali mengalami masalah seperti ini.

Cadangan Nutrisi Untuk Penyakit Kencing Tidak Lawas

Antara produk Shaklee yang membantu dalam mengurangkan masalah kencing tidak lawas ialah :

  • Alfalfa Complex yang merupakan sumber serat untuk melawaskan penhadaman, mengurangkan kesan bengkak air di samping mengawal kendungan air dalam badan
  • Peppermint Ginger yang membantu masalah penghadaman dan memberikan effect lawas dalam proses pembuangan air kecil
  • Garlic Complex bertindak sebagai antibiotik dan melawan bakteria secara semualajadi. yang membantu melawan masalah jangkitan kulat dan fungal di kawasan pundi kencing akibat keadaan yang lembap di persitarannya.

Set Kencing Tak Lawas

Produk Shaklee bukanlah bertujuan untuk merawat penyakit kencing tidak lawas. Walau bagaimanapun Set Kencing Tidak Lawas membantu dalam menambah nutrisi khasiat dalam mengubati penyakit ini. Dapatkan rawatan doktor dengan segera sekiranya you all menghadapi masalah kencing tidak lawas. Terutama sekali kepada ibu hamil kerana boleh membawa kepada penyakit kencing kotor serta membawa mudarat kepada bayi dalam kandungan.

Kepada you all yang hendak cuba produk Shaklee sebagai salah satu ikhtiar merawat penyakit kencing tidak lawas , jangan segan-segan hubungi Kak Yong. Kak Yong merupakan pengedar Shaklee kawasan Shah Alam, Klang, Bukit Naga, Jalan Kebun serta Kota Kemuning. Penghantaran boleh juga dibuat ke seluruh negara. jangan segan-segan hubungi Kak Yong di talian 0163964090

DISCLAIMER
These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

One Response

  1. nurrazali May 4, 2017