5 Cara Untuk Melatih Otak Supaya Optimistik

Sama ada kita bersikap optimis atau pesimis tanpa kita sedar sebenarnya proses tersebut dipengaruhi oleh tindak balas kimia dalam badan kita. Jika you all sentiasa sahaja bersikap pesimis atau negatif, ada cara untuk melatih otak kita supaya sentiasa bersikap optimis.

5 Cara Untuk Melatih Otak Supaya Optimistik

Sentiasa Berterima Kasih Atau Bersyukur

Latih otak kita untuk sentiasa berterima kasih. Walaupun atas perkara-perkara yang kecil. Senaraikan perkara-perkara yang baik membuatkan kita bersyukur setiap hari. Antaranya bersyukur kita masih tersenyum hari ini, mempunyai anak-anak yang comel, dan paling penting masih lagi diberikan peluang untuk bernafas dan hidup di muka bumi ini.

5 Cara Untuk Melatih Otak Supaya Optimistik

Sentiasa Berlumba-lumba Melakukan Kebaikan

Buat baik akan dibalas dengan kebaikan juga. Walau dengan melemparkan senyuman, you all pasti akan dibalas dengan senyuman juga. Sedarkah you all, apabila kita berbuat baik kita sebenarnya memberikan nilai tambah kegembiraan kepada diri kita. Apabila sentiasa gembira secara tidak langsung kita akan bersikap optimistik.

Cubalah Untuk Ketawa

Ketawa atau tersenyum mampu menyebarkan aura postif dalam diri mahupun persekitaran kita. Dengan tersenyum sebenarnya mampu melegakan beban masalah yang dihadapi. Kadang-kala memberikan idea dan jalan penyelesaian yang mudah kepada setiap jenis beban masalah kita.

5 Cara Untuk Melatih Otak Supaya Optimistik

Jagalah Percakap, Ucapkan Hanya Perkara Positif

Pernah dengar tak, yang percakapan merupakan suatu doa. Maka, serulah dan bercakaplah hanya perkara-perkara kebaikan. In shaa Allah hanya yang baik-baik sahaja yang datang dalam hidup you all. Elakkan guna perkatan negatif seperti tidak boleh, susahlah dan seangkatan dengannya.

5 Cara Untuk Melatih Otak Supaya Optimistik

Amalkan Rutin Senaman

Rutin senaman yang tetap membantu merembeskan hormon endorfin dan serotonin dengan banyak dalam otak. Hormon kortisol yang tidak menyenangkan juga akan semakin berkurang. Cuba naikkan kadar jantung you all selama 20 minit sehari. You all pasti akan menjadi lebih bertenaga, lebih gembira dan lebih optimis dalam hidup.

Tips yang sungguh mudah untuk diamalkan oleh Kak Yong sendiri dan juga you all yang gorgeous di luar sana.

 

One Response

  1. NORIZA ABDUL RAHMAN October 31, 2017 Reply

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge