5 Cara Sihat Sambut Hari Ibu

Selamat Hari Ibu…kepada semua mommies gorgeous di luar sana. Rasa sungguh special ada hari yang memang khusus untuk menghargai jasa ibu kita. Dahulu, sebelum jadi umi memang kita tak faham sangat peranan ibu ini, tapi bila dah ada anak-anak barulah faham. Macam saya sebaik sahaja Harith dilahirkan, memang rasa tanggungjawab lebih dan juga perasaan itu macam never ending joblah. No more free time, just thinking about the kids. Tapi memang itulah naluri seorang ibu.

Mesti ramai yang tercari-cari aktiviti yang menyeronokan untuk dilakukan sempena menyambut hari ibu dengan ibu-ibu anda bukan. mahukan, cara yang lain, cara yang lebih sihat, boleh tukar dengan  aktiviti ini. 5 cara sihat sambut Hari Ibu ialah :

Sediakan Sarapan Pagi Yang Sihat. Boleh tukar menu sekali-sekala kepada yang mengamalkan sayur-sayuran hijau. Try kepada yang lebih western sikit. Kata special day. Sediakan roti bakar, telur hancur, kacang panggang,  susu segar, ESP + Mealshake pun boleh. Jangan dilupakan salad buah-buahan dengan yogurt rendah lemak. Even, anak-anak sekolah pun boleh sediakan sendiri. Lagi istimewa, air tangan anak-anak untuk ibu tersayang. Ayah yang amcho juga boleh tolong-tolong anak-anak comel sediakan surprise untuk mommies.

5-Cara-Sihat-Sambut-Hari-Ibu-Pengedar-Shaklee-Shah-Alam-Pengedar-Shaklee-Klang-Pengedar-Shaklee-Kota-Kemuning-Pengedar-Shaklee-Bukit-Naga-Tips

Hiking

Keluar berjalan di taman atau hiking. Aktiviti ini memang menyeronokkan dilakukan seisi keluarga. Sambil berjalan menghirup keindahan alam ada juga keluar peluh dan boleh spend time untuk bonding kembali dengan hubby dan juga anak-anak. Masing-masingkan sibuk dengan urusan harian. Aktiviti ini juga menolong mengurangkan kolestrol jahat dan juga sesuai untuk ibu-ibu yang pertengahan mahupun lanjut usia. Ini juga aktiviti yang sesuai untuk ibu-ibu kita yang umur lewat 50-an.

Selain itu, aktiviti yang popular ialah kelas zumba. Menarik juga, sambil bersenam, release tension ikut muzik, membakar juga kalori.

Jika ibu kita jauh, jangan lupa berinteraksi dengan menelefon, atau video call. Kalau jauh pun still celebrate dengan wishes pun memadai. Macam adik saya yang jauh di peratauan, SKYPE memang menghubungkan kami sekeluarga. Mesti ibu hepi, walau jauh, teknologi tetap menjadi penghubung silaturahim anda sekeluarga.

5-Cara-Sihat-Sambut-Hari-Ibu-Pengedar-Shaklee-Shah-Alam-Pengedar-Shaklee-Klang-Pengedar-Shaklee-Kota-Kemuning-Pengedar-Shaklee-Bukit-Naga-Tips

skype

Boleh juga belanja ibu ke SPA. Belai-belai badan, luangkan masa sendirian dalam aroma terapi yang memberikan kesegaran minda. Ini juga secara tidak langsung boleh mengembalikan cas-cas positif seorang ibu. Dengan berurut, urat-urat darah dalam badan menolong mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan.

These statements have not been evaluated by the Food and Drug Administration. These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.

Untuk pertanyaan sila hubungi
Your Shaklee Independent Distributor Azimah Mohd Zainuddin
Pengedar Shaklee Bukit Naga, Kota Kemuning, Shah Alam, Klang dan pengeposan ke seluruh Malaysia.
SMS | WhatssApp : 0163964090
Shaklee ID : 864934