10 Jenis Makanan Untuk Kecantikan Kulit

Kepada mereka yang mengidamkan kulit yang cantik, sempurna serta kelihatan berseri mungkin boleh cuba Set Kecantikan Lengkap Shaklee. Memang lengkap dengan segala jenis vitamin yang berfungsi dan bergabung untuk mencantikkan kulit secara luaran mahupun dalaman. Namun, saya bukan nak cerita pasal Set Kecantikan Shaklee, tetapi saya nak kongsi tips 10 jenis makanan untuk kecantikan kulit yang anda boleh ambil hari-hari dalam usaha untuk cantikkan kulit secara semulajadi di samping menggunakan produk Shaklee.

lada benggala

lada benggala

Sesiapa yang suka makan pedas boleh masukkan lada benggala dalam menu masakan anda. Lada benggala ini boleh dimakan secara mentah atau dimasak sebagai rencah sayur-sayuran. Sebiji lada benggala dapat membekalkan vitamin C harian yang diperlukan oleh badan. Vitamin C kan sinonim dengan vitamin untuk kecantikan. Lada benggala juga lengkap dengan serat dan juga vitamin B 6 untuk meningkat peredaran darah pada kulit, mengurangkan masalah kedutan serta membantu melawan masalah jerawat supaya kulit kelihatan muda berseri.

Dark Chocolate

Dark Chocolate

Penggemar coklat bolehlah bertkar kepada dark chocolate berbanding coklat yang mengandungi susu. Dark chocolate tinggi antioksidan dan mengandungi asid lemak yang membantu untuk kulit kelihatan glowing cerah berseri gitu…tahukah anda yang koko menjadikan arteri darah kita berada pada keadaan yang selesa untuk meningkatkan peredaran darah ke serata kulit.

Ikan salmon juga merupakan makanan untuk kecantikan kulit. Elok untuk melawan tekanan, keletihan dan melegakan tekanan perasaan. Ikan salmon yang kaya dengana sid lemak omega 3 membantu melawan masalah keradangan kulit, mengurangkan kedutan serta masalah jerawat.

minyak kelapa

minyak kelapa

Minyak kelapa juga makanan untuk kecantikan kulit. mengandungi agen anti bakteria dan anti virus yang membantu untuk melawan penyakit kulit seperti keradangan, masalah jerawat dan juga jangkitan kuman. Selain itu, amalan pengambilan minyak kelapa juga elok untuk mereka yang hendak kuruskan badan.

teh hijau

teh hijau

Minum teh hijau yang mengandungi antioksidan asid amino theanin yang memberikan hormon ketenangan untuk mengurangkan stress level. Stress level yang tinggi kebiasaanya memberikan kesan kusam dan tidak bermaya kepada kulit.

Banyakkan makan sayur bayam yang kaya dengan zat besi, vitamin C dan juga vitamin B. menggalakkan penghasilan hemoglobin untuk penghasilan sel darah merah yang membantu untuk menaikkan seri wajah. Menjadikan kulit kelihatan kemerah-merahan.

Sumber biji-bijian seperti kuaci biji matahari, chia seed, biji labu juga membekalkan vitamin E beserta selenium kepada kulit. membantu untuk memudarkan parut lama dan juga baru serta mengurangkan simptom terbakar matahari.

daun saderi

daun saderi

Daun saderi jua merupakan makanan untuk kecantikan kulit. daun saderi menyimpan banyak air, serat dan juga vitamin C untuk kesihatan kulit. Daun saderi mengelakkan kulit menjadi kering dan hidrasi. Elok dalam melembapkan kulit.

Betik juga kaya dengan serat dan juga vitamin C. Serat membantu untuk kesihatan usus serta membuang segal toksin-toksin dalam badan. Kulit yang sihat dan tanpa masalah menunjukkan paras toksin yang rendah dalam darah. Usus yang sihat menjadikan pembuangan sisa toksin dalam darah menjadi lebih sihat dan lancar.

Makanlah lebih banyak lobak merah yang kaya dengan vitamin A dan juga antioksidan. Vitamin A ini penting untuk kesihatan kulit serta melawan radikal bebas akibat pencemaran pada kulit. Sel-sel kulit yang mati jika tidak cukup vitamin A akan tersumbat serta mencetus kepada masalah bintik hitam, jerawat serta jeragat.

Tips 10 jenis makanan untuk kecantikan ini diharapkan dapat membantu anda di luar sana yang sememangnya pentingkan kecantikan. Di samping produk Shaklee boleh juga amalkan secara semulajadi melalui sumber diet harian anda.

2 Comments

  1. Dr Fattah February 13, 2015
    • Azimah February 15, 2015